Betapa sukar perjalanan hidup ini
Betapa besar jurang yang harus dilalui
Betapa dalam lautan yang harus direnangi
Betapa tinggi gunung yang harus dilalui
Betapa curam tebing yang yang harus direntasi
Meskipun hanya insan sekerdil aku
Pasti segalanya dapat ku tempuhi
Andainya engkau ada disisiku...
Biarpun aku dibasahi hujan hinaan
Biarpun aku dipanggang mentari kebencian
Biarpun aku dihiris belati tohmahan
Biarpun aku dibakar api kemarahan
Walaupun hanya insan selemah aku
Pasti semuanya dapat ku tempuhi
Andainya engkau masih disisiku...
Kiiranya suatu masa aku mampu tersenyum
Kiranya suatu masa aku Berjaya
Kiranya suatu masa aku disanjungi
Kiranya suatu masa aku dihargai
Kiranya suatu masa aku berda di puncak
Sungguhpun hanya insan biasa sepertiku
Pasti segala kejayaan lebuh bermakna
Andainya engkau massih disisiku...
Ketahuilah olehmu
Betapa pentingnya kehadiranmu
Dalam hidupku
Betapa bermaknanya
Kasih saying dan perhatianmu
Betapa kau amat memerlukan dirimu
Kerana kau yang terbaik pernah ku miliki...