Santai bersama BEN ASHAARI

Wanita suka tapi Lelaki tak suka

19 MAY 2013

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang wanita suka tetapi lelaki benci, satu tajuk yang lebih kurang menarik la pada Dya lepas Dya godek-godek FB tadi... Perkara apa yang agak-agaknya wanita suka tetapi lelaki benci... Dekat bawah ni 5 perkara wanita suka tetapi lelaki benci yang Dya baca dekat blog ammar... 

1. Menonton Drama Romantis Bersiri
Kebanyakan lelaki kurang minat menonton drama bersiri bertema romantis. Akan tetapi, kebanyakan perempuan amat suka mengikutinya lebih-lebih lagi cerita Korea.

*** Pernah tak kaum lelaki terfikir, sifat romantis itu la kadang-kadang akan buat dia rasa bahagia... Tapi kalau terlebih dan melebih-lebih pulak dari kaum wanita, lelaki akan cepat bosan... Tak semua wanita akan suka ikuti cerita itu, sebab wanita yang ada tanggungjawab dia akan ingat tanggungjawab dia... Wanita yang selalu ikut itu mungkin para remaja yang baru nak kenal dunia sebenar...

2. Membaca Novel Romantis
Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengarkan lagu-lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan

*** Memang benar perempuan mempunyai sifat lembut dan suka baca novel romantis dari lelaki yang suka baca komik yang lebih kepada aksi dan pertarungan... Dari pembacaan itu la, wanita akan kaji dan nilai setiap perwatakan lelaki yang dia jumpa dan bakal kenal nanti... Sama juga seperti lelaki yang suka mengkaji dan menilai wanita yang baru dia kenali... Mengenai lagu romantis, pada pendapat Dya lah kan, lelaki yang lebih suka dengar lagu romantis berbanding wanita... Kenapa Dya cakap macam tu, sebabnya kawan-kawan laki dia semua jenis yang jiwang karat, naik berkarat dah telinga Dya ni bila jumpa diorang... Tapi tanpa diorang, hidup kita takkan ceria kan?? Betul tak?? Kalau betul sila tepuk tangan anda sekali...

3. Bergosip
Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika berkumpul dengan teman-teman. Namun, lelaki tidak suka kebiasaan wanita yang suka membicarakan orang lain tanpa tahu kepastiannya.

*** Memang tak dinafikan wanita sangat suka bergosip, tidak kira peringkat umur... Tetapi, wanita bergosip dengan apa yang dia tengok atau lihat sama ada perkara itu betul atau salah... Bila menjadi buah mulut orang pulak hal itu adalah dari pihak yang seterusnya yang akan menokok tambah cerita supaya cerita itu lebih sedap didengar, macam makcik-makcik kat kampung... Bergosip ni bukan semua wanita suka, hanya segelintir sahaja...

4. Ambil Berat Penampilan
Sebahagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori itu sudah memadai. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap.

*** Wanita berhias memang lama, memang tak dinafikan la... Sama jugak kaum wanita mandi, memang lama... Kalau boleh nak tidur kat bilik air tu... Tapi tak ada la nak angkut semua bantal tilam masuk bilik air...  Nanti apa pulak orang cakap kan.. Wanita bersiap lama memang lumrah dan sejak azali lagi hal ni, sebab banyak benda kaum wanita nak kena pakai, bedak, alas bedak, gincu atau lipbalm, maskara, eye shadow, eye liner, bulu mata palsu kalau perlu dan yang suka pakai sampai nak buka mata pun tak larat... Haa, itu alat make-up, tak masuk lagi aksesori kat telinga, rambut, tangan, kaki, badan... Kalau yang bertudung pulak, lagi lah lama kaum lelaki menunggu.. tapi tak semua wanita yang suka pakai benda-benda tu semua... Hanya segelintir saja, segelintir lagi pakai simple jer sudah memadai... Penampilan itu sebenarnya bagi yang berkerjaya dan tak kawin lagi wajib dan harus la, ni kalau student baik tak payah la nak buat benda tu semua... Sebab korang tengah di alam persekolahan lagi, pakai cantik-cantik semua tu nak buat apa, takkan nak pegi tackle cikgu kat sekolah pulak kot...

5. Bermain Bersama Anak Kecil
Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya.

*** Wanita memang suka bermain dengan anak kecil sebab dari situ kita boleh tengok dia seorang yang penyayang dan bersifat keibuan... Tambah-tambah bila tengok baby, memang excited lah nak main... Lelaki memang tak suka budak-budak sebab dia akan rasa terbeban, serabut, dan banyak lagi la kalau dia dah tak suka sebab dia bukan lagi di alam kebapaan... Kalau dah jadi bapa tapi tak suka budak-budak, disarankan jangan berkahwin... Tapi wanita atau remaja yang suka buang bayi tu bukan wanita namanya, itu hantu bertopengkan manusia... Hahaha... Jangan marah, pandai buat pandai la tanggung.. Dosa pahala awak yang punya.