Santai bersama BEN ASHAARI

Keinsafan

Hidup ini mencari erti
Setiap orang memainkan peranan
Segala yang baik dan juga buruk
Akan datang mengekori jalan
Membuat hidup menjadi nyata

Bila dosa sudah menghampiri
Akan kekal karat dihati
Menjadi karat seperti besi
Syaitankan riang ketawa ria
Membarakan semangat yang terkubur
Keburukan dilakukan bertubi-tubi
Tanpa belas dan simpati

Datang cahaya yang semakin suram
Memberi petunjuk satu hidayah
Kesedaran ke atas perbuatan diri
Yang terhintung di sanubari
PetunjukMU ILAHI yang maha suci
Memberi harapan bersinar kembali
Yang kaku akan jatuh berderai

Berteriak syaitan tanda keresahan
Memusnahkan segala jalan di tengah penitian
Segala yang kotor akan dihapuskan
Air yang pasang akan disurutkan
Segala yang panas akan diredakan
Segala yang karat akan di kilatkan
Bertaubatlah, Bertakwalah dengan penuh keikhlasan
Semoga diberkati oleh ILAHI

Di atas keinsafan perbuatan diri
Yang tidak akan berulang lagi
Setiap taubat akan diampuni
Sekiranya taubat keikhlasan hati
Jangan pisang berbuah dua kali
Kelak dirimu yang akan rugi
Buang yang keruh ambil yang jernih
Perkara lama pengajaran diri
Permata berlian bersinar kembali
Kesedaran yang abadi
Membawa kebahagiaan
Ke akhirat nanti...

p/s: Manusia adalah insan kerdil yang sentisa cenderung melakukan kesilapan.... Berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihati apabila kamu melakukan kesalahan... Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan dan setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri... Dia membinanya seperti mana yang dikehendaki namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri... renung-renungkan...