Santai bersama BEN ASHAARI

Kenapa Perlu Begini?

Assalamualaikum w.b.t

Hai and so sorry sebab dah lama gila tak update blog ni.. Busy, takde masa, takde mood, and macam-macam lagi rasa kat hati ni.. Anyway sekarang Dya dah pun habis belajar dan dah pun bekerja kat salah satu company automotif area KL.. Company apa, jangan tanya sebab memang jauh and orang cakap lari bidang dari masa zaman belajar dulu.. Kenapa lari bidang? Sebab, kerja ni kita jangan memilih, dapat jer tawaran kerja, kita kerja dulu, try dulu, cari pengalaman dulu.. Kalau betul-betul ikut bidang yang kita belajar belum tentu kita dapat kerja yang kita nak tu kan.. 
Ok, tak nak cerita sal kerja.. Dya nak cerita sal benda lain.. 
Tapi, tak tahu nak mulakan dari mana.. Macam mana boleh jatuh suka dan sayang dia dari boyfriend sendiri.. Maybe cara dia, perwatakan dia, or perhatian dia.. Tapi dia hak orang.. Kenapa perlu jadi macam ni.. Kenapa perasan tak boleh nak tipu.. Kenapa hati tak boleh nak tipu.. Hati cakap nak tapi fikiran cakap tak nak.. Kenapa hati dan fikiran tak boleh bersatu bila berada dalam keadaan ni.. Sedih, sayang, rindu, sakit hati, semua bersatu.. Macam mana nak hilangkan rasa sayang tu bila dia selalu ambil berat tentang kita, macam mana? Macam mana? Macam mana?
Dia selalu cakap be strong, tapi Dya tak sekuat tu.. Dulu dah macam ni, sekarang lebih lagi rasa sayang tu datang walaupun berlainan orang.. Sayang dekat boyfriend tak ada la seteruk macam ni.. Dah rasa macam orang gila pun ada sekarang ni.. Tak tau lah pulak gila bayang ke apa.. Nak go on, diri sendiri akan merana.. Dia takkan jadi milik kita sepenuhnya.. Kalau ditakdirkan bermadu, kasih sayang akan berkongsi.. Boleh ke berkongsi? Boleh ke wife dia terima? Tak akan ada wanita yang sanggup bermadu kecuali niat lelaki yang nak bernikah tu betul-betul nak membantu wanita lain macam zaman Rasulullah.. Contohnya, kita jadi yang pertama, sanggupkah kita berkongsi kasih sayang dengan orang lain? Boleh ke kita terima yang kedua dengan redha tanpa dendam? Rasa cemburu bila terlebih masa dengan salah seorang? Boleh ke kita? Try muhasabah diri.. Try tengok sekeliling kita.. Kuatkah kita? Tanya pada hati, tanya pada naluri.. Sebagai seorang perempuan kuatkah kita untuk menghadapinya.. 

Mungkin ada rahmatnya kita tidak bersama.. Andai diteruskan, apakah kesudahan di hujung pertemuan.. Sekuat mana diikat, pasti akan terlucut.. Andai disambung lagi tidak sekuat dulu kerana cuma aku yang menarik, bukan lagi tanganmu.. Tak guna mendustai pada diri sendiri, sedangkan rindu itu sering menganggu.. Salah usah dicari seharusnya berdua kita menghadapi menanganinya.. Pada zahir yang tidak terlihat, ada garis yang terbentang tapi batinku sering berkata biar ada batasnya.. Walau tidak di sini cinta kita bersemi, berkat keyakinanku dan doa ku pohonkan moga diperkenankan, dipertemukan suatu masa nanti..

Ketika bayangan mentari kian menghilang,
Hatiku menggamit kenangan waktu bertemu
Mengundang sebaknya dada ku rindu padamu
Wajahmu bermain di dalam ingatanku
Sunyinya malam yang meresahkan
Memaksa tidurku tidak lena
Rinduku bukannya diciptakan
Usah kau ragukan
Ketika masa yang berlalu mengubah hari
Hatiku semakin meronta resah selalu
Bertanya mengapa diriku kian merindu
Padamu kekasih hati yang amat kusayang
Bagaikan daun-daun yang layu
Andai kau hilang dariku
Unggas yang kepatahan sayapnya
Terjadi padaku
Titisan embun yang berguguran
Menambah kedinginan tubuhku
Mengenang rinduku dan rindumu
Membuat aku pilu
Malam ku bertemankan sendu
Diiringi sebak di dada ku
Menanti tiba sejuta harapan
Dalam kepayahan robohlah impian
Kerana jarak yang memisahkan
Meminta pengorbanan..