Santai bersama BEN ASHAARI

sakit mata (merah & bengkak)


Hai blogers...
Kat sini Dya nak story tentang mata...
Sebenarnya mata Dya masih tak sembuh lagi ni... Dah 2x Dya pegi klinik...tapi mata masih bengkak dan merah walaupun dah makan ubat... Kelas dah banyak miss ni... Hurmm...
Macam mana ekk nak hilangkan sakit mata ni???
Tadi Dya ada terbaca tentang petua sakit mata kat laman petua nenek...
Banyak jugak la kaedah yang diberikan kat laman petua 2,
Tapi Dya tak tau pulak nak ikut yang mana satu..
Apa pendapat korang?

3 kaedah sakit mata 


Kaedah pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.


Kaedah kedua:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

(Kaedah ni mestilah diamalkan setiap hari sehingga mata sihat.)


Kaedah ketiga:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

(Lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buat sehingga sakit mata beransur pulih.)
.............................

kaedah mana yang perlu Dya ikut??

mataku dah tak cantik... :-(

Assalamualaikum semua...

Hari ni dya tak sihat lagi... kali ni dya sakit mata.. hurmm.. sedihnya... hari ni kelas dya ada dua kelas, kelas screen production waktu pagi dah cancel (nasib baik) sebab my lect bercuti awal untuk sambut Deepavali, tapi kelas pada waktu petang kelas theatre management & organization terpaksa la dya MC... maka dengan sendirinya tertangguh la lagi presentation dya minggu ni...



What should i do???

Dya kene la makan ubat yang doctor bagi tadi.. baru la cepat sembuh... dya harap mata dya ni cepat2 la sembuh yer sebabnya dya tak nak miss banyak kelas.. nanti tak tau dya nak jawab ape bila final...

Ok lah, dya nak rehat2 n makan ubat dulu..

Bye korunk.. dya harap korunk semua sihat walafiat semua yer...  

Team Building of ASWAK (Anak Seni Wayang Kulit)

Hurmm... penatnya tapi best sangat2 dapat join team ASWAK ni... kali ni kita orang ke Hulu Langat di King Fisher Advanture... macam-macam kita orang buat kat sana.. Firstly, dengan Puan Aida kita orang kene cerita tak kira la tentang cerita yang diturunkan oleh keluarga atau pengalaman hidup atau sebaigainya yang berkaitan dengan kita... cerita-cerita atuk nenek moyang yang cerita kat kita masa kita kecik-kecik dulu... aku cerita sal bunian... cerita ni my mum yang cerita.. kisahnya, ada tiga orang sahabat ni g hutan untuk memburu, then diorang sesat kat hutan tu.. diorang berusaha nak cari jalan kuar tapi diorang masuk kat perkampungan orang bunian.. orang bunian ni macam kita jugak tapi diorang kerdil.. macam orang kerdil... (eee.. bestnya lau dapat jumpa ngan orang bunian) haa.. berbalik pada cerit tadi, tiga sahabat tu masuk kat perkampungan orang bunian, orang bunian tu layan diorang ngan baik sangat2, ntah berapa lama diorang kat perkampungan bunian tu, salah sorang bunian tu tanya, kamu tidak rindu keluarga dan anak-anak ke?? Pastu tiga sahabat tu cakap la, mesti la rindu sebab dah lama tak jumpa.. kemudian orang bunian tu benarkan tiga sahabat tu balik rumah masing-masing.. masa diorang nak balik rumah tu, orang bunian tu bekalkan mereka satu baldi setiap seorang kunyit.. setiap satu baldi tu ada ibu kunyit.. mereka pun ambil la pemberian orang bunian tu... then lepas kuar dari perkampungan orang bunian tu, salah sorang dari mereka pun cakap “buat apa kunyit ni?? Kat rumah pun ada tanam..” then, diorang pun buang la kunyit tu, tapi salah sorang dari mereka tu ambil ibu kunyit jer, yang dua orang lagi xambil apa pun... lepas tu mereka berjalan la redah hutan, tetiba ibu kunyit tadi tu bertukar jadi emas... mereka terkejut la sebab jadi emas... yang dua orang tu timbul rasa rugi sebab buang kunyit tadi tu, kemudian mereka patah balik untuk ambil kunyit tu tempat yang diorang buang tadi tu, tapi kunyit tu dah tak ada... haaa.. macam tu la lebih kurang ceritanya yang umi dya cerita dekat dya dulu masa kecik-kecik.. ada banyak lagi cerita yang umi dya cerita dulu.. nanti dya cerita lain kali dekat readers yer... cerita ni sebenarnya Puan Aida nak pilih untuk dijadikan script untuk persembahan wayang kulit, tapi sebelum 2, kita orang kene lakonkan dulu... huhuhu.. selain tu, xtvt kita orang kat sana, kita orang g mandi sungai.. ala-ala jeram jugak la air dia tu, perghh.. sejuk giler air dia, maklum la air jeramkan.. selain tu, kita orang g jungle tracking... best sangat-sangat g jungle tracking sebab dyad ah lama tak buat kerja-kerja outdoor ni... kat bawah ni dya ada sediakan gambar-gambar dya dengan kawan-kawan semasa di King Fisher Advanture...



         dya & lysa       ika, wawa, lysa & dya


dya & ika


ika, dya, wawa & lysa




dya & wawa


ketika jungle tracking J






org bagi, sape xnak!!!

Assalamualaikum semua...

Waaa... i get a new bag.. Thanks to my roommate hana sang ratu give me this bag... walaupun ianya hanya beg kertas, tapi berguna jgk kalau xde beg... kan?? Kan?? Kan?? Hehehe... tadi kawan aku ni p rombongan kelas under subjek entrepreneurship kat induk (UiTM MALAYSIA) ada program keusahawanan kat Dewan Sri Budiman agaknya lah kot, lau xsilap la.. die wat balik beg ngan bihun ayam goreng kat aku... tapi bihunnya dah xboleh makan sbb dah basi.. (xde rezeki) beg die comel lagi.. aku dapat warna maroon... J ada logo UiTM lagi... thanks to my fwend.. hana sang ratu


PERHATIAN vs PERINGATAN:

Assalamualikum semua...

Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli saja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beruitahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu...
JADI TOLONGLAH JANGAN BACA!!!



Hahahahaha....jadi agak agak korunk nak baca ke tak buku laporan sains a.k.a Diari Mat Despatch ni??? Diari Mat Despatch ni hasil karya Baharuddin Bekri.. fist cter kelakar, tgh2 agak borink siket n last kelakar balik.. so, aku sarankan baik korunk baca sendiri cmn..

Karangan Nogori Sembilan, sumpah pak cik tak faham...

Pagi tu pagi senayan. Omak ngan abah den takdo kek ghumah. Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo dapo ghumah jighan den melotop!!!.. be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh. Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh.. jangan kan nak nolong, dokek pen paneh. Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda. Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lak kabana eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bondang nengok anak en nangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh. Suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa de..

Yo tak to, den pun balik ghumah. Kojap tu, den dongar jighan den menghaung. Baghu perasan lah tu. Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo nengok dah haguih kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi.

Tu lah cito sederhano ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo.. maso den kocik.. tu uwan den yang cito.. “KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN..”

Labu Baik Untuk Si Rabun!!!


Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda. Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya. Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

Khasiat lain Labu:

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. 
Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes.
Labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

my favourite


Bahan:

Nasi Sushi
*  3 1/3 cawan beras jepun (khas utk sushi)
*  4 cawan air 
5 sudu besar cuka beras 
5 sudu besar gula 
1 sudu kecil garam 


Cara-cara:

1.     Basuh beras dan masak dengan sukatan air yg diberikan. 
2.    Campurkan cuka, garam dan gula di dalam periuk kecil. Panaskan (low heat) dan gaulkan sehingga larut.
3.    Alihkan dari api dan paksa sejuk dengan meletakkan periuk di dalam campuran air dan ice. 
4.    Nasi yang masih panas diletakkan di bahagikan rata di atas dulang plastik/wooden choopingboard dan digaulkan dengan sebatian cuka sehingga rata keseluruhan dengan menggunakan senduk kayu (utk mengelakkan tindak balas cuka terhadap metal/besi). Pada masa yg sama, gunakan kipas untuk menyejukkan nasi. 

** selamat mencuba... J  

hurmm... laparnye... :(



comelnye   :)


Emmm... sedapnya cupcake ni... cute lak 2... bila perut dah lapar semua sedap.... skunk ni aku ngah lapar... nak pegi kat gerai depan pun, member aku cakap mak cik tak datang jual... hurmmm... kat mak cik 2 jer makanan murah & sedap giler... yang lain mahal, cekik darah.. dia orang ingat student uitm ni cop duit ke ape... (duit pt ni bukan utk beli makanan dia orang yang mahal tu...) hurmm... nak g beli makanan kat mana ni?? Kat kandang?? (bukan kandang binatang la..) atau kat cafe?? Kat mana ni nak g beli?? Ok, jap nak pikir.. ok fine, kat kandang... aku makan nasi goreng ayam hailam ngan ho..ho..ho..holick ais.. (aik pe hal lak aku gagap ni) hak..hak..hak.. ni gambar kita orang kat kandang orang bukan kandang binatang...


aku & wawa


eja & ika

bosan + ngantuk + lapar + xpaham = ???

Financial Management, subjek major bagi course yang aku amek. Walaupun subjek yang best tapi kadang2 ada jugak borinknya.. prof. Nor Effuandy Pfordten is my lecture yang ajar subjek financial ni... prof aku ni melayu bukan omputih.. korunk mesti pelikkan dengan nama dia 2.. huhuhu.. sebenarnya prof aku ni kacukan Jerman.. atok dia asal Jerman, then kawen ngan dengan melayu.. kalau tengok muka prof aku ni cam orang mesir pun ada... handsome la jgk bak kata orang tua-tua, sedap mata memandang, sejuk lagi hati melihat... ehh... boleh ke gabung pepatah macam 2?? Lantaklah, ada aku kisah... aiman pun tak kisah... subjek financial ni, kadang2 aku susah la nak faham sebab subjek ni tearah kepada subjek akaun... subjek akaun ni xpernah plak aku blajar masa kat sekolah dulu.. yang aku belajar subjek bio, fizik, kimia, add math, 2 pun belajar sebulan jer sebabnya aku dapat tawaran ke sekolah teknik.. kat sekolah teknik lagi la tak amek subjek akaun... kat teknik aku amek lukisan kejuruteraan, civil engineering, fizik, kimia and bio dah tolak jauh-jauh.. bio kat sekolah teknik mana ada.. hahaha... gi sekolah teknik bukan boleh jadi doctor pun, lau nak jadi engineer boleh la... hurmmm.. nape la kelas financial hari ni borink, dah la ngantuk + perut lapar = lentok suda...  

tiket raya haji

assalamualaikum semua...

huhuhuhu... semalam aku p cari tiket kat seksyen 17... kita org p ngan bus jer, maklum la nak beli kete pun xde duet.. bkn anak dato’ pun.. hak...hak..hak.. hah... masa tunggu bus 2, aku xde duet pecah nk reload kad arnab 2, then aku tanye la salah sorang member aku ni nama dia eja... aku tanye dia, dia wt de jer (tgh bergayut ngan buah hati)... hurmmm... cian kat aku.. pas2 member aku yang sorang lagi ni (ika) bagi la aku pinjam duet dia dulu rm5.. huhuhu.. kad arnab aku dah blh reload skunk.. bus pun gerak la menuju ke seksyen 2, sesampainya kat seksyen 2, kita orang tunggu lagi bus utk p seksyen 17.. bus kedua ni bus T529... masa kt bus ni, punye lah ramai makhluk ALLAH ni kt dalam bus, so terpaksalah kene berdiri walaupun kepala aku dah mula terasa kepeninggannya 2... punyelah lama kt bus ni, kita orang pun sampai la destinasi yang dituju... masa sampai 2, aku xtau nak tuju kaunter mana sebabnya 1st time g beli tiket ni... hak..hak..hak.. sebelum ni aku suruh pak cik aku jer yang tolong belikan tiket bila nak balik kampong..  skunk ni pak cik aku ni dah tunang ngan awek die so dia pun pindah la rumah kt putrajaya.. maklum la orang dah tunang kan mesti la nk dekat2 dengan tunang jer slalu... n lagi pun dia dah pindah keje dekat dengan tempat keje tunang dia 2 kt putrajaya... hurmmm... hah, sampai jer kat seksyen 17 tu sebab tak biasa beli tiket, aku pun ikut la member aku ni si ika syafika... dia p kaunter bus Mutiara.. aku pun p la jgk situ... die pun beli la tiket die, aku beli tiket aku... aku ngan die xsama tempat... die kt Terengganu n aku kt KLATE... YES!! Negeri yang terkenal dengan pemain bola sepak yang handal pada masa kini, masa akan datang wallahhualam... hah.. tiket pun dapat la dibeli.. dapatnya tarikh 5hb malam, sampai pagi raya.. hurmmm.. sedihnya, tapi nak wt cmn, da nasib.. sape suruh cari tiket lewat2.. nak wt cmn, minggu sebelum ni aku bz... byk program nak kene p, lau tak p program kene repeat sem depan lak... eee, xnak xnak xnak.. (No for Repeat)... lepas jer beli tiket, kita orang p pasar malam... hohoho.. lama x p pasar malam... kita orang xbyk beli pun sbbnya nk balik cepat takot xde bus... beli ala kadar jer.. aku beli nasi goreng, jagung bakar n satay ayam goreng(spicy)... perghh.. sedap giler satay ayam goreng 2, kat kampong aku pun xde tau bnda 2... sesudah beli, kita orang pun p la tunggu bus kt tempat kita orang tturun tadi... masa tunggu 2, makan2 la sikit makanan yg aku beli tadi 2... tunggu punye tunggu habis jagung 1... ( lapar bebenor aku ni) sbb mkn tghhari jer kot mana tak laparnye... bus pun sampai la... yang tak ley blah nye, kita org naik bus 2 tersalah tempat, patot la lama nak sampai kt seksyen 2... hahaha... (biol suda) patotnye kene naik bus sebelah yang satu lagi, ni kita org naik bus tempat yang turun tadi.. mana la tau kan.. member kpd member aku yang ckp tunggu kt tempat turun so kita org ikot la ape yg die ckp 2... memang lama kat bus 2... sampai kt seksyen 2, tunggu bus balik puncak lak (puncak perdana)... kt sini lama gak tunggu bus.. (sabor aje la).. jam dah kul 9 mlm.. sementara tunggu kita org amek la gmbr kt bus stop 2... lps amek gmbr aku pun p la tnye kt abg bus 2, bus puncak bila nak sampai..

      aku : abg, bus U605 kul berapa ea sampai???
      abg bus : awk nk kul berapa???
                Boleh die tnye aku balik.. geram tol aku... (sabar)
      aku : kalau boleh nak skunk sampai...
      abg bus : bus puncak kul 9.30 mlm sampai...

then, aku pun p la duduk2 dulu n sambung amek gmbar... jam dah 9.30mlm, tp bus xmuncul2 lagi... hati dah panas ni sbbnye tkot xley masuk kolej.. kolej aku sampai kul 11 mlm jer.. lebih dari kul 11 da xboleh masuk, lau degil nak masuk gak, alamatnye dapat la surat kenduri dr pak guard... bus g ditunggu pun sampai la dekat kul 10... kita org pun naik la... aku ingtkan dh semua abis byr tmbang, si abg bus 2 dh nak g, rupenya dia tunggu la member die.. (adoi.. makin la lama nk tunggu2 lak)... lau terus jalan kan bagos, xde lama kita org nk tunggu2 ni, dah la lama dah tunggu tadi.. ni kene tunggu lagi... member die pun datang la... bus pun gerak menuju puncak... masa kat dalam 2, ada sekor mamat india ni.. perghh... bucuk btol die (bau rokok).. nk muntah aku bau rokok.. dah la senbang kuat ngan member die kt sebelah 2.. agak2 lau lama blh pekak member die 2... (hahahahaha).. jahatnya aku... lama kat bus, kita org pun sampai la... kul 10.45 mlm kita org sampai puncak.. nasib baik sempat lagi... lau tak xtau la nk tdo mana... sampai rumah jer terus makan then tdo.. mandi pun tak sbb mata dah ngatuk giler... assemen pun xsiap.. hak..hak...hak... pagi tadi nk ntar, pagi tadi baru buat.. memang giler... nasib baik sempat n dah ada bahan... assemen pun dh selamat ntar... 






ni gmbr kita org masa g beli tiket n balik...

Kelebihan & Keburukan COCA COLA

Assalamualaikum kengkawan...

"Setiap kali aku keluar ngan member2 aku, aku mesti singgah makan dulu kt Mc’D.. tiap kali makan mesti la minum gak kan???” Kali ni aku nk story sal minum minuman yg dikira sedap. Memang sedap giler air ni.. korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 kebaikan yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari mak cik aku..


" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalan raya apabila berlakunya kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba korunk tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama 
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam 
lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan oleh seorang sahabat.....

*
Last weekend, ada ustazah usrah beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia 
punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat Yahudi ni datang Egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Dia nak cari jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce
coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat Israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late.

**
so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan?? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,  Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

PUTERI SA'ADONG

~ BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU ~
Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.
Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Krai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.
Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke-15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masihi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung Laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.
Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.
Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.
Sultan Mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masihi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau Sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.
Sultan Husain yang memerintah Kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik Wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Chinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Krai).



~ BERAKHIR DI BUKIT MARAK? ~
Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.
Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.
Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).
Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim atau disebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.
Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Bharu sekarang).
Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira & 127; & 127; & 127; & 127; -kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok Kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.
Dengan kemangkatan Sultan Umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.
Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja Sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.
Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknya makam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononnya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.
Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.
Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.
Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula ke negri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi misteri.