Santai bersama BEN ASHAARI

Saya Penggemar Novel



assalamualaikum w.b.t.

hye..hye..hye.. cakkk.....
haahaahaahaaa...

buat ape 2? Haaa.... tengah baca entry cik dya an?
(kantoi sudah)
Hehehehehe... baca jer, bukan cik dya nak marah pun...

puitis kosong jiwa

di batasan hati yang ronggak
di birai hening mendung berarak
rawan, resah panjang lebar
berlekuk-lekuk tiada sudah
berliku-liku tiada noktah
apa yang hati tertanya
tiada bibir yang mampu menjawabnya
begitu juga dengan jiwa
kerana rasa tak pernah ada
untuk kasih dan cinta

mungkin lelangit hati masih muda
ataukah juga daratan jiwa yang enggan melakar mesra
palung rindu tak pernah terisi
kerana tiada getar yang mengiringi
rimba jiwa masih tebal
hingga tiada keberaniah untuk menyelusuri
takut sesat di hujung rasa

namun bila ada saatnya
tatkala semua wujud mula
tatkala kesuma kuat meronta
tatkala hati membuat angkara
melangkah lamunan membilang bahagia
detik itu apa maknanya?

nukilan: sang puteri


pada tirai jiwa yang terkoyak
pada hamparan mega yang tidak henti bergerak
gusar jiwa hujungnya tak sudah
beralun-alun tiada tanda
bersimpang-siur tiada beza

setiap pertanyaan yang ada
biarlah bibir ini menjelas semua
dan jiwa akan turut serta
kerana rindu yang sentiasa tercipta
buat cinta dan kasih sayangnya

tidak mungkin awan hati terlalu muda
tidak mungkin hamparan jiwa menolak bahagia
kerana karung rindu sudah penuh diisi
bersama debar seiiring mendampingi

lautan jiwa yang sarat menenggelami
penuh tekad berani mendayungi
gusar resah tidak lagi dirasai

dan telah tiba jua masanya
pasti subur semua rasa
ketika sukma mendesak bahagia
ketika hati menolak derita
memangkah mimpi menghintung gembira
detik itu CINTA NAMANYA!       

nukilan: arjuna buat sang puteri

~~~~~~~~~~~~~~~

semegah hikayat cinta dunia,
sehebat itulah cinta beta buat dirinya,
seorang putera raja rakyat biasa!
ermm..hari ni cik dya dah khatam sebuah lagi novel, tajuknya cinta dari istana karya adah hamidah terbitan fajar pakeer...

ermm... komen sal jalan cerita novel ni:

1.    menarik, tertarik kau memang da bom (hahahaha...) memang menarik la jalan cerita novel ni... menarik bila dekat last scene 2, sang puteri dari negara sri alamar pergi meminang buah hatinya di malaysia. (macam siti khadijah meminang nabi muhammad s.a.w gitu)

2.    awal2 scene 2 lak...(eh... patotnya tulis awal dulu baru last, ni telabik (terbalik) lak... tak pe lah, ada cik dya kesah??? ) ok, awal scene an, sang puteri lari dari istana sebabnya, ibunda puteri ni, nak tabalkan puteri sebagai pemerintah sri alamar... mana boleh pompuan jadi pemerintah negara.. hancur la jawabnya, tambah2 puteri ni baru umur setahun jagung... ibunda puteri tak nak tabalkan anak lelaki almarhum suaminya atas alasan anak tiri dia... puteri ni lari ke malaysia dan jadi pengasuh kepada sebuah keluarga yang kematian isteri. tapi selepas beberapa bula anak tiri dia jugak yang naik takhta, sebab tak ada waris lagi...

3.    novel ni pun ada juga sedihnya, sedih masa kat tengah2 scene... nak tau tak kenapa sedih? sebabnya, sang puteri ni dihalau oleh ra’if arjuna iaitu majikan dia... masa ni ra’if dah mula suka pada puteri tapi ego punye pasal, dia halau gak puteri ni sebab puteri ni tunangan seorang putera di sri alamar... so, nak tak nak ra’if terpaksa halau puteri walaupun hati dia berat dengan keadaan ibunya baru jer sakit terlantar kat hospital...

haaa... kalau korang nak tau lebih lanjut kena la pi kedai buku, then beli novel ni.. tak pun korang usyar2 la kat kawan2 korang yang ada novel ni....

ok lah, cik dya nak sambung wat keje lak...

~ bye ~