Santai bersama BEN ASHAARI

Novel vs. teater


Assalamualaikum...

Dah lama cik dya tak menconteng kat blog cik dya ni an??
Hurmm.. Sorry la, cik dya bz la semenjak 2 menjak ni, banyak kerja yang perlu di settle an... (Shooting, report & assignment)
Lagi 2 mnggu nak final...
Eee, seram sejuk dah ni sebenarnya...

Haaa... korang dah tengok belum citer OMBAK RINDU??

Apa? Korang dah tengok???

Haa, bagos2...

Best tak citer 2?

Apa pendapat korang tentang citer 2?

Menarik ke tak?

Novel OMBAK RINDU dah baca ke belum??

(banyak betol soalan cik dya ni an? Cam polis lak, semua nak tau...)

Hehehehe... cik dya bukan ape tanya banyak2 ni.
Cik dya nak tau pendapat korang jer?

Bagi cik dya, antara movie dgn novel OMBAK RINDU tu an, cik dya lebih suka baca novel...

Nak tau kenapa cik dya lebih suka novel dari movie??

Sebabnya, kat novel lebih menarik dari movie...
Kalau kat movie kan, banyak scene yang director cut.. iye la mana tak cut nya, movie mana boleh lebih masa untuk tayangan.. movie 1.30 jam jer boleh tayangan... kalau nak shoot lebih memang xboleh la...

Haa, sebab 2 la cik dya xsuka sangat movie OMBAK RINDU berbanding dengan novel...
Cik dya mula baca novel OMBAK RINDU tu masa cik dya form 2, sekarang cik dya dah berumur 22 tahun... haa... kalau korang pandai dah berapa lama 2 jarak masa cik dya mula baca novel 2 hingga sekarang???

Cepat kira...

Ptg tadi cik dya ada pegi giant, nak bayar berukband ni, jalan punye jalan jumpa la kedai buku.. hajat di hati nak beli novel OMBAK RINDU tu yang keluaran lama, tapi dah habis... terpaksa la beli yang keluaran baru... muka kulit baru 2 tak lawa langsung... nipis lagi satu.. memang jauh beza dengan yang dulu...
Yang dulu lagi lawa walaupun simple...

Ni la cover OMBAK RINDU yang baru 2...
Tak lawa an??
Lawa lagi yang lama...
ni yang cover lama...
OMBAK RINDU ni an, ada sambungan dia tau... after OMBAK RINDU, novel CINTA TIADA AKHIRNYA then novel RINDU CINTAKU....memang best giler citer dia... sedih sangat, tapi akhirnya cinta diorang kekal ke hayat tau...
So sweet....

ni lak sambungan dari novel OMBAK RINDU...
Haa... lepas jer beli buku 2, cik dya terus balik rumah, siap2 nak g tengok teater MEK MULUNG CAHAYA BULAN lak kt DBKL...

Perghh... teater dia memang menarik sesangat...

Teater MEK MULUNG CAHAYA BULAN ni mengisahkan RAJA CAHAYA BULAN ni diberitahu tentang mimpi permaisurinya, PUTERI NANG MARA. Tafsiran mimpi permaisuri 2 menyatakan bahawa RAJA GERGASI dari seberang laut benua pakkian akan melarikan PUTERI NANG MARA untuk mengahwini puteri dan membunuh suami puteri dengan memanah dan mencung kepala RAJA CAHAYA BULAN. Lepas raja 2 dibunuh, RAJA GERGASI 2, menghanyutkan RAJA CAHAYA BULAN 2 ke sungai, lalu dijumpai lah dengan EDENG dan EPONG ketika diorang mandi di sungai... EDENG dan EPONG ni kawan baik RAJA CAHAYA BULAN ketika kecil.. EDENG dan EPONG ni selamatkan la RAJA CAHAYA BULAN ni then diorang pegi ke seberang laut benua pakkian, iaitu tempat RAJA GERGASI tinggal... setelah sampai di sana RAJA CAHAYA BULAN pun berperang dengan  RAJA GERGASI, berperang, berperang dan berperang, lalu RAJA GERGASI pun mati di tangan RAJA CAHAYA BULAN... kemudian RAJA CAHAYA BULAN dan permaisurinya balik ke negerinya iaitu NEGERI SELINDUNG BULAN... akhirnya mereka hidup bahagia...
Eee..best sangat teater ni...

Ni diantara barisan pelakon MEK MULUNG CAHAYA BULAN...