Santai bersama BEN ASHAARI

# DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA #

3 OKTOBER 2012

Assalamualaikum w.b.t...

^_^

Di pagi rabu, 3 Oktober 2012 bersamaan 17 Zulkaedah 1433... Mata aku still tak nak lelap, then aku ambil keputusan untuk update blog... Puas berguling aku kat katil tu tapi mata aku ni tak makan saman rupanya sebab dah pekena coffee brand Dutch Lady atau otak aku yang dok fikir banyak benda...

Entah la, may be kot...

Untuk entry aku kali ni, aku nak story pasal hidup aku semalam (2 Oktober 2012)... Sepanjang satu hari semalam, waktu pagi sepatutnya aku ada kelas tapi terpaksa dibatalkan disebabkan lecturer ENT aku pegi holiday kay Overseas... Bestnya dapat pegi holiday kat Overseas kan terutamanya dengan parents kita... Lecturer aku tu cakap, dia kena pegi gak holiday kalau tapi pegi rugi sebabnya suami dia kerja dengan Firefly, so benefit kat anak isteri tu ada 10% untuk pegi holiday, every year lak tu dapat... Bestnya... ^_^ Ok, hari ni ada kelas waktu pagi jer, kelas waktu petang memang takde... Lecturer holiday, aku pun holiday gak tapi holiday kat rumah jer, lepak dengan kawan aku dua orang yang sentiasa kepala biol macam aku... diorang dari fakulti Information Management yang kebetulannya kelas diorang pun batal gak hari ni... macam janji jer kan... So, hari ni lepak-lepak dengan diorang jer... Then bila bosan dah tak tau benda nak story dengandiorang, masing-masing buka FB, layan... Bila tiba waktu petangnya, kawan aku yang dua orang tu terpaksa la pegi kerja kat koop, kira wat part time la nak back up duit PTPTN yang sentiasa tak mencukupi tu... Boros betul diorang ni kan??? Aku pun sama boros sebenarnya... Aku pun kerja part time gak kat koop tu... Turn aku malam semalam... Masa diorang pegi kerja aku sorang la kat rumah, kawan lain ada tapi tak berapa nak ngam dengan kepala biol aku ni... HAHA.. Kini tiba masanya kul 12 am, bermakna kawan aku yang dua orang tadi tu dah habis kerja... Aku tunggu punya tunggu dekat kul 1 am gak la diorang sampai rumah... Balik jer diorang ada story... Story ni agak kurang sedap di dengar la sikit... Mungkin salah aku atau dia memang tak suka aku... Entah la, WALLAH HUA'LAM, hanya DIA yang lebih mengetahui... Tak nak buruk-burukkan orang, nanti di katakan fitnah lak...

Story kawan aku bawak balik tu tentang anak buah bos koop... Anak buah bos tu cakap " semalam duit topup tak cukup "... OMG... Sape tak terkejut kan kalau dah jadi macam ni, confirm confirm la dia target aku, dah memang aku yang kerja sebelum tu... Malam semalamnya aku dengan kawan aku Nik (budak rumah aku gak)... Kiranya, malam semalam dia first time masuk kerja kat koop, so aku diarahkan untk mengajar dia segala kira kira untuk tutup akaun kedai, akaun topup dan akaun wifi... First aku bagi Nik kira dulu segala duit untuk malam tu, lepas tu aku kira balik... Ok, semua cukup... Air kat peti ais aku isi penuh, cuma keropok dan kotex jer aku tak isi kat rak tu sebabnya keropok dah habis stok then kotex lak sama jenis, so aku tak isi kat rak kotex tu... Semua dah aku agak ok, so boleh la aku tutup kedai dengan senang hati... Tapi hakikatnya bila malam seterusnya iaitu malam tadi lain lak jadinya... Anak buah bos tu cakap, air tak isi penuh kat rak dengan peti ais, kotex tak isi penuh, duit topup tak cukup... Pasal kotex ti aku boleh terima dah memang salah aku tak isi, tapi masalahnya sekarang ni yang menyerabutkan kepala otak aku ni, sal duit topup dengan air... Air tu memang aku dah isi penuh kot dekat rak dekat peti ais, takkan nak isi sampai rabak lak rak air tu, pasal duit topup lak memang dah double check, memang cukup... Bila dengar jer story dari kawan aku sal hal ni memang aku bengang gila... Nak mengamuk memang tak la, walaupun aku ni kepala biol tapi aku masih waras lagi... Memang dah nasib aku hari ni kot... Masa aku masuk kerja semalam pun, cakap dengan aku macam berlagak jer... Mungkin tu sikap dia kot, tapi masa tu aku tak ambik pot sangat la... Mungkin kalau dah benci dekat seseorang tu, semua benda yang kita buat mesti nampak annoying gila kan??? Hurmmm, banyakkan bersabarlah kau Dya... Bab kata PenMerah [dot] com

Belajar DIAM dari banyak BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN...

Ok lah... Sampai sini jer kot story aku untuk pagi rabu ni...

Bye... ^_^


**Mood: Sakit Hati Tapi Banyakkan Bersabar...