20 APRIL 2012
Assalamualaikum w.b.t
Peace to all of you
Dah lama dya tak melukis-lukis dan menconteng-conteng kat muka blog dya ni, sebabnya masa sangat cemburu kat dya sampai dya pun xboleh buat apa-apa... hurm, so sad... ok lah, hari ni bila ada masa banyak, dya nak cerita sikit kehilangan dya sekarang kat muka blog ni...sebab tu la dya menyepi hampir 10 hari, buka merajuk atau diculik tau... simpang malaikat 44, dya tak nak...
Sebenarnya, selepas entry yang ni à TANPA HENTI. Dya ada audition yang dya cakap hari 2, kalau tak cay abaca balik entry tadi 2... lepas audition , dya satu kelas pergi celebrate kat KFC... nanti dya tunjuk gmbar kat KFC 2... lepas je kat KFC, selang 1 minggudya terpaksa pergi trip pulak... nak tak nak pergi memang wajib... so, terpaksa la plus favourite dya g jalan-jalan makan angin... tapi dya pergi trip bukan suka-suka makan angin tau, (nanti kembung perut dya pulak, sape nak jawab)... dya pergi trip sebab kene shot banyak-banyak gambar untuk assignment cine-photo... trip cine-photo 13 april – 15 april hari 2, rancangnya nak ke pulau pangkor tapi terpaksa tukar sebabnya desas desus mengatakan tsunami kecil berlaku kat perairan selat Melaka, so lecturer dya ni tak nak tanggung risiko pergi pulau... jadinya, dya satu kelas pergi la zoo Taiping... HAHAHA, macam budak pulak pergi zoo semata-mata nak shot binatang tengah posing segala bagai kat sana... tapi paling best tengok Orang Utan... pandai dia posing... sedara mara kita berjuta abad yang lepaskan, mana tak pandai posing pulak... sedara ke kita weh? Ok sebenarnya, “orang utan” ni diambil daripada istilah Bahasa Indonesia yang bermaksud manusia (orang) hutan. Orang utan mempunyai dua spesies, iaitu orang utan sumatera (Pongo abelii) dan orang utan kalimantan borneo (Pongo pygmaeus). Keunikan orang utan adalah memiliki kekerabatan dekat dengan manusia, dimana orang utan memiliki persamaan DNA sebanyak 96.4%. kalau nak tau lebih lanjut, korang pergi page ni
PHYLOGENY OF SUPERFAMILY HOMINOIDEA | |||||||||||||||||||||||||||
|
lepas pergi zoo Taiping 2, kita orang semua nak pergi shot kat lake garden ngan railway station pulak tapi keadaan masa 2 tak mengizinkan, cuaca gelap dan hujan turun lebat sangat masa 2, so terpaksa balik rumah... malam pulak pergi waterfront dekat lumut... shot gambar waktu malam dengan buat panning... esok pulak, dya pergi Kellie Castle... memang lawa dekat castle 2 sebab tinggalan sejarahkan mana tak lawanya...lepas kat Kellie Castle, kita orang balik, dataran ipoh pun tak sempat pergi sebabnya hari 2 ada test jepun online... so terpaksa la balik sebab nak kejar masa... nasib baik sempat... salahnya kawan yang bawak laptop wifi pulak tak de... padahal kat kedai mamak 2 ada jer wifi... laptop 1 bawak, yang nak amek test pulak ramai memang xsempat nak pergi shot la kalau buat test 2... adoiii, salah tarikh ni sebenarnya pergi trip time ada test online pulak 2...
Hari ni pulak dah start cuti midterm semester. Aku ni tak balik, eh aku pulak, macam kasar pulak bunyinya, ok guna nama, “dya”... dya tak balik pun cuti midterm semester ni sebab kene pergi road tour kat salah satu zone tengah, selatan, utara dan timur Malaysia untuk promosi festival filem pelajar yang akan berlang pada june 2012 ni dekat mana, nanti dya akan bagitau pada entry akan datang sebelum berlangsungnya festival 2... dya kena cari 50 penyertaan dalam setiap zone untuk pertandingkan filem-filem hasil pengarahan daripada pelajar-pelajar IPTA atau IPTS...
Gambar kelas masa lepas audition kat KFC
Gambar dekat zoo Taiping
Gambar dekat waterfront lumut, waktu malam
Contoh gambar panning
Gambar dekat Kellie Castle