Santai bersama BEN ASHAARI

Tak Payah Nak Ceritalah Kalau Dapat Job Ni !!

30 MARCH 2013

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang, sihat ke?? Malam ni dya sakit kepala la sebabnya tak cukup rehat kot, tak tahu lah busy tang mana, cek pun tak pasti, tapi memang penat... Malam ni tak nak tulis banyak sebab nak rehat seawal yang boleh ni... Jap lagi, nak jumpa bantal bucuk dan tidur... Apa aktiviti dya hari ni?? Aktiviti hari ni kerja aje la... Kerja dekat mana eh?? Dya kerja dekat Giant Hypermarket Seksyen 13, bukan Giant dalam cerita Doremon tu tau... Dya buat part time aje dekat Giant tu sebagai cashier, taknak lah nak mintak dengan ummi  abah selalu, takut membebankan mereka pulak sebab adik adik dya masih bersekolah lagi, yang seorang lagi tu umur tahun... Nakal tak payah nak cakap mengalahkan budak lelaki, adoi.... Kadang kadang tu balik kampung penat melayan, maklumlah budak tengah nak membesar la katakan... Haaa, lari cerita pulak dya ni, hari ni memang penat sebabnya asyik berdiri aje dekat kaunter tu... Kaki ni dah rasa macam nak krem dah... Dahaga tak payah nak cerita lah, waktu rehat cashier ni bukan menentu pun, kalau customer ramai, mana boleh blah macam tu aje pergi rehat lain la kalau ada yang gantikan kaunter kita tu... 

Oklah korang, dya pun nak tidur dah ni... Kita sambung dengan cerita esok lah pulak ya...
~ Bye & Assalamualaikum ~
Salam Sayang Dari Dya Nadya...
Yeyhh...