Santai bersama BEN ASHAARI

Tak Payah Nak Ceritalah Kalau Dapat Job Ni !!

30 MARCH 2013

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang, sihat ke?? Malam ni dya sakit kepala la sebabnya tak cukup rehat kot, tak tahu lah busy tang mana, cek pun tak pasti, tapi memang penat... Malam ni tak nak tulis banyak sebab nak rehat seawal yang boleh ni... Jap lagi, nak jumpa bantal bucuk dan tidur... Apa aktiviti dya hari ni?? Aktiviti hari ni kerja aje la... Kerja dekat mana eh?? Dya kerja dekat Giant Hypermarket Seksyen 13, bukan Giant dalam cerita Doremon tu tau... Dya buat part time aje dekat Giant tu sebagai cashier, taknak lah nak mintak dengan ummi  abah selalu, takut membebankan mereka pulak sebab adik adik dya masih bersekolah lagi, yang seorang lagi tu umur tahun... Nakal tak payah nak cakap mengalahkan budak lelaki, adoi.... Kadang kadang tu balik kampung penat melayan, maklumlah budak tengah nak membesar la katakan... Haaa, lari cerita pulak dya ni, hari ni memang penat sebabnya asyik berdiri aje dekat kaunter tu... Kaki ni dah rasa macam nak krem dah... Dahaga tak payah nak cerita lah, waktu rehat cashier ni bukan menentu pun, kalau customer ramai, mana boleh blah macam tu aje pergi rehat lain la kalau ada yang gantikan kaunter kita tu... 

Oklah korang, dya pun nak tidur dah ni... Kita sambung dengan cerita esok lah pulak ya...
~ Bye & Assalamualaikum ~
Salam Sayang Dari Dya Nadya...
Yeyhh...


Habis Ke Tak Ni !!

29 MARCH 2013

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah entry kedua untuk tahun ni, dan akan menyusul lagi entry akan datang...
Jangan risau ya kawan kawan... 

HABIS KE TAK NI !! Apa benda tu yang sedang dya cakap??  Macam nak jual barang jer bunyinya... Sebenarnya, dya bukan nak jual barang apa pun tapi saja jer nak menunjuk... (tangan di bahu dan mata ke atas) Dya bukan nak menunjuk pun just nak bagitahu jer dengan baucer sebanyak RM250 tu apa benda yang dya beli... Dari baucer sebanyak tu dya beli novel... HAHAHA... Membazirkan?? Tapi kepada penggemar novel macam dya ni tak rasa pun benda tu membazir sebab utamanya minat, jadi tak ada la nak rasa rasa macam tu... Novel apa yang dya beli?? Ok, kalau pandai cuba teka dapat tak?? Kalau dapat teka dya belanja ais krim buatan sendiri... bak kata cousin dya ais krim malaysia... Dapat teka tak ni?? Oklah kalau tak dapat teka, biar dya cakap aje la...

Tuan Rumah Pembantu Rumah karya Orkid Edyliyne
Dan Sepi Pun Berlalu karya Fauziah Ashaari
Kasihku Yang Satu karya Syania Shaa
Cinta Sambal Belacan karya Junie Octovian
Bila Blogger Jadi Maid karya Zati Mohd
Cik Blurr Dan Encik Ikhlas karya Airisz
Cinta Bersaiz XXL karya Aliesha Kirana
Cucur Bawang Dan Kopi O karya Hasrudi Jawawi
Kau Yang Pertama Dan Terakhir karya Qaseh Farina
Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah
Tolong Pikat Hatinya karya Izza Aripin

Haa, inilah hasilnya daripada baucer sebanyak beratus ringgit tu... Ada 11 buah kesemuanya... 3 buah dah pun khatam... (Baca baca jugak, assignment pun kena la jugak berjalan, jangan buat dont know jer..) Eh tak ada lah sampai macam tu... Erm, oklah setakat ni jer dulu untuk entry kali ni... nanti bersambung lagi untuk entry lain yang akan datang... 

~ BYE & ASSALAMUALAIKUM ~
salam sayang buat semua dari Dya


Setelah Sekian Lama

28 MARCH 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Sorry sangat sangat sebab dah lama tak update dan mendiamkan diri... Lama mendiamkan diri bukan bermakna malas, tapi masa sangat mencemburui aku sehinggakan tak sempat nak berlama lama kat depan lappy ni... Tambahan pulak masalah semakin banyak mendampingi... Apa boleh buat, sebagai manusia kita takkan dapat lari dari masalah... Walau apapun terima seadanya dan pandai pandailah atasinya dengan sebaik mungkin... Rasanya macam dah bertahun tak update ni padahal 3 bulan setengah jer... (3 bulan setengah jer kau cakap dya?? lama jugak lah tu, takkan nak cukupkan setahun kot...) Hurmm, tengok... Kan dah kena tu...

Ok, sepanjang 3 bulan setengah ni, dya buat persiapan untuk exam terutamanya, pindah rumah dan persiapan untuk praktikal... Sepanjang praktikal memang busy sangat sangat mengalahkan Menteri Pembangunan Luar Bandar... Kenapa Menteri Pembangunan Luar Bandar sebab yang tu aje terlintas kat fikiran, so dya taip jer... Sepanjang praktikal, dya buat kerja sebagai reporter, ke hulu ke hilir itu lah kerja dya... Selain reporter jugak dya buat editing offline, ganti kerja en.editor kejap... Maaf ya ganti sekejap sebab dya nak belajar semua apa yang boleh kita pelajari apa yang ada kat dalam dunia ni dan boleh la tambah pengalaman banyak banyak... Sebenarnya, tugas editor ni bukan setakat offline jer, dia jugak bertanggungjawab untuk online... apa beza online dengan offline?? offline ni, kita edit sikit sikit apa yang patut untuk digabungkan semua story, contohnya, story yang tergurau senda dengan artis ke, story tersilap cakap atau tergagap tanya soalan ke yang tu kita buat letak tepi, kita amek yang perlu jer, online pulak gabungan semua story, masukkan lagu, masukkan super, masukkan ending creadit dan macam-macam lagi lah... Selesai jer online ni, akan di hantar ke library untuk disiarkan di kaca TV yang korang suka tengok tu... Haa, sebelum disiarkan macam macam benda kena buat tau, bukan senang nak mengedit semua story story tu, kalau producer tak puas hati edit lah balik... Haa, kalau sesiapa yang berminat dengan kerja editor ni kena banyak banyakkan bersabar dan yang paling peting kena tahan maki, pekakkan telinga bila producer membebel... hehehe... Kalau dapat producer perempuan nasib aje lah dengar bebelan dia tu, sebab dya dah kena hari tu... (hahaha padan muka dya)...

Sepanjang dya praktikal, dya praktikal kat company Media Prima atau Sri Pentas kalau sesiapa yang kurang jelas lagi, senang cakap TV3... Dya dapat department primework dalam program HipTV... HipTV kat TV9, setiap hari Ahad jam 9.30 malam tu takkan korang tak tengok kot, mesti tenggokkan... Kalau yang tak pernah tenggok tu tak tahulah nak cakap apa...Kat bawah ni dya sertakan gambar gambar semasa praktikal...


Oklah, dya nak out dulu... Nanti tunggu entry yang akan datang pulak ya...
~ Bye... Assalamualaikum ~