Santai bersama BEN ASHAARI

Innalillah Buat Allahyarham!!!



assalamaualaikum w.b.t.

hai korang, hari ni dya terkejut sangat bila buka jer facebook terus terbaca dari seseorang hamba allah ni yang menyatakan bahawa seorang penyanyi yang popular dengan lagu indah lelapku dan kembali senyum (izwan pilus) telah pergi meninggalkan kita semua...

terus jer dya buka berita harian online untuk cari berita tentang kematian izwan...
habis jer baca berita mengenai allahyarham, baru la dya tahu punca kematiannya... allahyarham pergi kerana jangkitan kuman dalam darah dan di samping itu juga allahyarham terkena jangkitan kencing tikus... berita ni disampaikan oleh adik allahyarham sendiri, aril dekat twitter...

walaubagaimana pun, al-fatihah dya ucapkan buat keluarga allahyarham... semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...

AL-FATIHAH